"
PROFILE
Kembaranya seorang hamba di muka bumi ini, dialah 'abd, dialah khalifah. Dialah 'abd dan khalifah yang masih merangkak mengenali dunia dan seisinya.
Maniskan lidah menutur kata Supaya hati tidak terluka Biarkan kebenaran berbicara Meski terpaksa mencetus duka


|
|
|
 |
|
Monday, July 06, 2009
Saya memulakan blog ini sejak tahun 2004, ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Ireland. Sudah enam tahun. Enam tahun menuntut ilmu perubatan. AlhamdulilLah segalanya sudah berakhir. Satu episod kehidupan sudahpun dipadam, episod-episod baru akan bermula. Kerana diri ini masih muda, perjalanan masih panjang, insyaAllah (jika dipanjangkan umur) Enam tahun sudah blog ini mendokumen suka duka episod hidup yang satu ini, bermula di Ireland selama tiga tahun setengah dan disambung di Pulau Mutiara untuk baki dua tahun selanjutnya. Setiap permulaan pasti akan ada akhirnya. Doakan hamba Allah yang satu ini terus cekal menghadapi episod-episod hidup seterusnya. Ilal liqa' wa ma'as salamah :)
Posted at 10:59 am by al-huda
Permalink
Friday, May 15, 2009
Sometimes, we just have to learn to let go.
Because sometimes, the more we tried to cling on to something or someone, the more they struggled to get away.
So please, just, let go. Because you are strangling me. Suffocating me, making me do something I've never done before.
I am a patient person, but, as everyone knows, patience has its limits.
Please, because I do not want to hate you.
Posted at 11:50 pm by al-huda
Permalink
Saturday, May 09, 2009
"BismilLahi tawakkaltu 'alalLah, laa hawla walaa quwwata illa bilLah..."
Musim periksa ni, cepat betul stress.
Ada orang stress, dia pergi shopping atau makan.
Ada orang stress, dia solat malam atau baca Quran.
Ada orang stress, dia tidur.
Ada orang stress, dia telefon emak ayah atau kawan-kawan.
Ada orang stress, dia pergi marah-marah orang lain.
Ada orang stress, dia hentak sana hentak sini.
Macam-macam pe'el orang stress.
Sabar lah ye kawan-kawan, sikit saja lagi :)
Ya ALLAH, Kau berikanlah ku kekuatan mengharungi semua ini.
Posted at 11:25 pm by al-huda
Permalink
Sunday, March 22, 2009
Dulu-dulu, saya tak suka jadi kakak sulung. Semua perkara kita kena buat; tolong mak jaga adik, lipat baju, sidai kain, masak, kemas rumah...sudahlah adik-adik ada lima orang semuanya...memang tak menang tangan. Kadangkala kena marah sebab buat kerja tak betul, terasa juga. Kadangkala tak dihargai walaupun dah cuba buat sebaik mungkin, sedih juga. Dipaksa-paksa buat kerja, menyampah juga.
Jadinya untuk protes kerana tanggungjawab yang besar ini, saya jadi malas. Buat apa yang perlu sahaja. Kerana terasa sungguh tak adil, saya terpaksa bekerja macam orang gaji, adik-adik boleh main sesuka hati. Waktu itu, saya budak lagi. Otak tak matang (dan sememangnya agak lambat matang pun). Maka yang difikirkan hanyalah diri sendiri. Penat lelah mak tak difikirkan pun.
Dan selalu teringin seorang kakak bukan sahaja kerana malas memikul tanggungjawab kakak sulung, tetapi juga boleh cerita cerita masalah pada dia. Cemburu pada adik-adik yang kakak (atau kakak-kakak). Nak cerita pada abang? Macam pelik je...hehe...mars and venous laa katakan :)
Pernah cikgu Shidah, yang mengajar Bahasa Inggeris bertanyakan seorang demi seorang apakah perkara yang dia inginkan dalam hidup, saya jawab "I want a big sister". Ah...memanglah mustahil. Masakan mak saya nak lahirkan seseorang yang lebih tua daripada saya. Cikgu cakap gurau-gurau "You have to wait for your brother to get married, then!"
Akhirnya abang nikah dengan kakak kecik molek yang asalnya dari Johor ini. Empat tahun yang lepas (wah...lama juga...). Mula-mula terasa kekok. Kekok ada orang tanya "Huda ok ke tak?" sepanjang masa, kekok bercerita tentang perkara-perkara peribadi dan meminta nasihat. Kekok ada orang ajar macam mana nak masak dan kemas rumah (sebab sebelum ni saya yang membebel suruh/ajar adik-adik masak/kemas) Secara mudahnya, kekok menyesuaikan diri sebagai adik kepada seorang kakak.
Tetapi alhamdulilLah, kak Hani pandai menyesuaikan diri dalam keluarga besar kami ini. Sampai atuk uwan pakcik makcik semua terpikat-pikat hehe. Terima kasih, kak, sebab sanggup terima dan jaga abang saya yang garang dan blur ni (kuikui). Dan ingat-ingatkan abangku itu, dia dah jumpa permata paling berharga kat dunia ni, seorang isteri yang solehah. Bertuahhh...badann...alhamdulilLah.
Mak pernah cakap "Ibu mertua, selalunya mesti ada yang dia tak puas hati dengan menantu dia. Tapi kak Hani, mak tak pernah rasa tak puas hati dengan dia" Hehe..mesti kembang kakak iparku mendengar kata-kata mak ni :)
Kena tuntut ilmu daripada kak Hani nih...bekalan untuk jadi isteri dan menantu yang disenangi. Hehe.
Posted at 07:59 pm by al-huda
Permalink
Sunday, March 15, 2009
Waktu kecil-kecil, mak dan abah selalu galakkan saya berdoa setiap kali berbuat sesuatu. Ada yang sudah kurang diamalkan, ada yang ditinggalkan, ada yang masih sitiqamah saya lakukan. Antaranya adalah doa menaiki kenderaan.
"Subhanallazi sakhharalanaa haaza wa ma kunna lahu muqriniina wainna ilaa Rabbina lamun qalibuun"
Kami adik beradik akan membaca penuh bersemangat setiap kali perjalanan dimulai. Abah kata, baca doa ini untuk lindungi daripada kecelakaan jalanraya. --------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr Teo, pakar perubatan kecemasan di Hospital Pulau Pinang sedang memberitahu kami mengenai kemalangan jalanraya.
"Do you know that the kind of people who are involved in road traffic accidents are people like you? Young, impatient, tired, rushing to work, to class...who does that describes? You!" ---------------------------------------------------------------------------------------------------
Hujan sedang lebat mencurah-curah, saya sedang memandu di Lebuhraya sekitar kawasan Jawi dengan kelajuan 100 km/j. Lampu dibuka seterang-terangnya supaya kereta Wira hijau saya ini jelas kelihatan oleh orang lain.
Memandu sebegini mungkin menakutkan bagi orang lain, tetapi bagi saya ianya satu kebiasaan. Kerana sudah selalu bermusafir dari Kuala Lumpur-Penang-Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan yang sering ditumpahi hujan mencurah-curah yang menjadikan suasana sungguh merbahaya.
Anyway.
Kereta wira hijau yang dipinjamkan abah berada di lorong kanan. Di lorong kiri sbeelahnya, dan hadapan sedikit ada kereta putih, tidak pasang lampu walaupun hujan lebat. DI belakang kereta saya ada MPV hitam. Yang sedang dipandu dengan lajunya...
Dan secara tiba-tiba MPV tersebut memecut dan memotong saya dari kiri, hampir-hampir melanggar kereta putih di hadapannya. DIa mengelak...dan....BANGGG!!!!...terlanggar divider jalan...
Lalu di hadapan mata saya sendiri MPV yang besar itu berpusing-pusing ala-ala dalam cerita Impak Maksima. Gara-gara mahu mengelak daripada melanggar MPV tersebut dan serpihan-serpihan yang terbang tatkala MPV itu hancur melanggar divider, kereta saya pun turut sama. Terpusing-pusing...
Berpusing-pusinglah kami sampailah ke sisi lebuhraya, menuju arah tanah curam yang di dasarnya ada sebatang parit. Saya dan kawan-kawan dalam kereta itu menjerit, takut dan panik. Ketika hampir ke sisi curam itu, otak aku hanya menjerit satu perkataan "BRAKEEE!!!".
Mujur, kaki menurut. Jika tidak...mungkin kami akan terjun ke dasar tanah curam itu.
Dengan keadaan kereta hampir separuh bahagian belakangnya tersadai mahu menuruni tanah curam itu, saya terpaku, kaki masih kejap menekan brek. Rasanya muka sudah pun pucat tak berdarah, dan dari belakang terdengar suara Kak Rozie memanggil-manggil nama saya. Dan Shu menggenggam erat tangan. Tak semena-mena saya menangis. Terkejut. Ya Rabbi, kami hampir terhempas tadi!
Lepas kejutan itu reda sedikit, saya pandu kereta itu naik ke atas supaya lebih stabil. Sekarang kami berada di lorong kecemasan. Fauzah yang memandu di belakang kami, telah ternampak apa yang berlaku dan berhenti lebih kurang 200 meter depan kereta saya. Fauzah, Amalia, Ain, Nisah dan Afzan bergegas utnuk memastikan kami tak apa-apa. Kemudian mereka pergi melihat nasib MPV itu. Sudah pun tersadai di dasar tanah curam itu, tetapi penumpangnya tidak apa-apa. Setakat luka-luka kecil sahaja.
Kemudian kami semua keluar dari kereta saya dan berdiri di tepi lorong kecemasan. Tiba-tiba, tak sampai sepuluh minit selepas kejadian itu, berlaku satu lagi kejadian yang lebih ngeri, di hadapan mata kami sendiri...
Sebuah kereta tiba-tiba bergerak perlahan, mendorong kereta di belakangnya menghentam kuat. Kemudian kereta yang seterusnya pula melanggar....bang...bang...bang...bang....mahunya lima atau enam buah kereta terlibat dalam kemalangan tersebut, di hadapan mata kami sendiri.
Aduh...trauma...ada yang menjerit, ada yang menangis. Ain memeluk saya erat sementara saya sendiri sudah pun terjerit-jerit ketakutan.
Kami berlima di dalam kereta Wira hijau tidak apa-apa. Saya menyangkakan Wira hijau akan turut tercedera, tetapi SubhanalLah, tiada satu calarpun. Dalam tujuh lapan buah kenderaan terlibat dalam kemalangan hebat di Lebuhraya Utara Selatan, di kawasan yang jaraknya 18 km daripada pekan Jawi, Pulau Pinang, hanya kenderaan kami yang tidak apa-apa, dan hanya kami penumpang yang tidak apa-apa dalam kejadian tersebut. Mujur...tiada kemalangan jiwa...
AlhamdulilLah.
Jangan berfikir kamu kebal, kerana ini boleh berlaku bila-bila sahaja, di mana sahaja kepada kamu, terutamanya kamu, golongan muda, penat bekerja, berdarah panas dan kurang kesabarannya. Semoga dijauhkan!
"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali"
Terasa kerdilnya diri, di saat tidak upaya melakukan apa-apa kecuali hanya berserah padaMu...
Posted at 11:10 pm by al-huda
Permalink
Thursday, March 05, 2009
Hari Selasa lepas, saya bersama-sama Fauzah dan Kak Rozie pergi ke hospital selepas Maghrib kerana giliran kami on-call malam itu.
On-call di A&E (Accident and Eemergency) kadangkala menarik, kadangkala bosan. Kerana kehadiran pesakit-pesakit di ruang kecemasan itu tidak dapat diduga. Sesetengah malam, hanya pesakit-pesakit asthma, demam-demam dan luka-luka kecil sahaja yang tiba. Di malam-malam lain pula, datang bermacam-macam jenis manusia; pemabuk, orang cedera bertumbuk, terjatuh bumbung, keracunan dan kemalangan-kemalangan ngeri. Ketika kami on-call hari Selasa lepas, ruang kecemasan dipenuhi dengan kes-kes yang termasuk dalam kategori tersebut.
Terdapat seorang lelaki Cina yang berusia separuh abad hampir putus jari-jari kakinya kerana kemalangan. Eish..memang ngeri, melihatkan jari tersebut tergantung hanya pada sekeping kulit. Hampir loya saya dibuatnya. Syukur saya bukanlah jenis orang yang tidak tahan melihat darah, nanah, dan luka-luka ngeri. Waktu kecil dulu saya pernah terpijak kaca, dan serpihan itu termasuk dalam tapak kaki dan tak boleh dikeluarkan. Saya korek dan korek menggunakan kuku sehinggalah serpih itu keluar, tanpa sedikit pun rasa ngeri. Mak pula yang ngeri melihatkan darah banyak keluar. Hehehe.
Kemudian pasukan paramedik membawa masuk sekumpulan remaja yang masing-masing punya luka-luka yang bermacam jenis. Mereka terlibat dalam pergaduhan rupanya. Yang paling serius, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dilibas mukanya dengan batang besi sehingga mengenai mata kanan. Pecah orbit (tulang keliling mata) dan terkoyak kelopak bawah. Masuk jadi Kes Polis.
Doktor: Kenapa jadi macam ni? Pesakit: Taktau laa doktor. Kami tak buat kacau, duduk-duduk je cadang nak pi kareoke. Tak pasai depa terus mai pukui. Doktor: Awak ada sakit apa-apa? Kencing manis, darah tinggi? Pesakit: Tak...takde... Doktor: Ada minum? Pesakit: Ada... Doktor: Tadi ada minum? Pesakit: Tak...tadi takde. Sebelum ni ada... Doktor: Merokok? Pesakit: Ada...
Nama tercatat di kad pesakit, nama yang sedap. Nama Muslim. AstaghfirulLah...
Setelah MA (medical assistant) membalut luka dan menghentikan pendarahan, ternampak seorang lelaki dan dua orang wanita, seorang berusia kira-kira separuh abad dan seorang lagi sudah tua; bergegas masuk ke Red Zone. Rupa-rupanya mereka keluarga budak tersebut. Bapa, nenek dan ibu saudara.
Doktor: Makcik, makcik tak boleh masuk lagi... Nenek: Dia macam mana doktor....(nada bimbang dan menangis-nangis) Doktor: Saya tak boleh bagi makcik masuk lagi...saya tutup dulu luka dia. Nanti makcik tengok makcik pengsan karang (sambil pegang langsir yang melindungi si nenek daripada terlihat cucunya dengan erat)
Doktor jenguk sebentar, MA sudah habis tutup luka itu.
Doktor: Makcik, encik, boleh masuk....
Nenek : Ya ALLAH....awat jadi macam ni... Pesakit: Kami tak buat apa-apa pun maktok. Depa mai pukui tak pasai. Mana kami carik pasai ngan depa (nada defensif) Nenek: Ye lah...tapi kan dari dulu maktok pesan, jangan duk kawan dengan budak-budak tu...jangan duk melepak...(sambil terus menangis) Pesakit: Mana cek buat apa-apa maktok...kami nak pi nyanyi je...
Bapa budak itu tak berkata apa-apa. Terdiam saja tengok drama di depan mata...
Menjelang jam 1130 malam, saya dapati saya berada di sebelah budak itu, membantu abang-abang MA yang nampaknya tak menang tangan. Seorang pegawai perubatan sedang berusaha menghentikan pendarahan. Dia suruh saya tekan di bahagian mata yang sudah tercedera itu, tekap sampai darah berhenti...
Ya Rabbi...ngeri sungguh...
Pakar bedah mata datang dan buat pemeriksaan lanjut. Nyata mata kanan pesakit sudah cedera dipukul batang besi itu. Cornea mata, yang membantu kita melihat, sudah kemik.
Pesakit: Doktor, macam mana mata saya? Teruk ka? Doktor: Mata kamu teruk jugalah. Kita boleh jahit, hentikan pendarahan. Tapi mungkin akan buta...
Dia terdiam. Doktor keluar buat laporan polis dan panggil waris. Tinggallah saya dan pesakit yang usianya muda setahun daripada adik saya sendiri.
Pesakit: Kak... Saya: Hmm? Pesakit: Akak...akak tengok mata saya teruk sangat ka? Saya: Hm...mata awak tu, kalau dia pukul atas sikit je memang dah hancur. Yang ni dia macam termasuk sikit. Pesakit: Saya boleh jadi buta la ye kak. Saya: Hmm (tak tau nak jawab apa) Pesakit: Akak, akak doa ye mata saya tak teruk sangat. Boleh tengok balik Saya, dalam hati: Akak doakan awak ubah sikap...jadi orang yang berguna pada masyarakat.. Pesakit: Takpalah, saya buta sebelah je mata. Nanti saya carik balik sapa pukui saya ni, saya nak tengok mata dia buta dua-dua (nada otai habis) Saya: Sudah lah tu dik, cuba adik fikir apa adik dah buat sampai jadi macam ni...
Dia diam sekejap. Tetapi selepas tu berterus-terusan dengan rungutan terhadap 'geng' yang pukul dia, nak balas dendam, dia tak buat apa tapi depa pukui sampai macam ni...eish...mendidih gak darah aku ngan budak ni...kakak-kakak nurse yang tengok dari keliling hanya geleng kepala.
Pesakit: Keluarga saya ada kat luaq ka kak? Saya: Ada...tadi tu maktok adik, kan? Pesakit: A ah, maktok saya tu. Dari kecik duk jaga saya. Saya: Adik tau dak doktor tak bagi maktok tengok mata adik tadi? Takut dia pengsan? Pesakit: Ye ke, kak Saya: A ah. Menangis tau maktok tengok tadi. Ingat dia tak sedih? Tengok awak jadi macam ni? Tengok awak buat macam ni?
Dia diam sekali lagi. Agaknya ter'kena' dengan kata-kata saya. Dan agaknya terkesima sikit dengan nada saya yang tiba-tiba meninggi.
Pesakit: Saya tau laa kak. Saya tau saya banyak lawan dia...tapi cucu mana yang tak lawan maktok dia...
Mujur waktu itu doktor datang lagi sekali untuk teruskan pemeriksaan. Darah che' dah naik dah ni! Kalo adik aku...dah lama kena kut.
Isk sabor...sabor...
Hai dik, akak memang doa pun. Biar kau sedar silap kau kat maktok, kat ayah kau, kat mak kau, kat diri sendiri. Biar kau jadi orang berguna pada agama dan masyarakat. Walaupun mata kau dah buta sebelah, jangan mata hati kau pun turut buta.
Ameen.
Posted at 12:24 pm by al-huda
Permalink
Tuesday, March 03, 2009
Lobo greeted me excitedly the moment I set my foot in the cafeteria.
"Huda, come here! You have to remember him!"
Him?
A big bear of a man with white hair was sitting at the same table as him, but with his back towards me. My groupmates from the next table were grinning widely. What is going on?
I approached the table and the man turned around. He is Caucasian in origin, with apple-red cheeks and beady eyes. Oh My God.
"Hello, nice to meet you" he stood up and offered his hand in that gentlemanly manner. Not wanting to offend, I shook it.
Memories from the year 2003 came rushing back. The year when I first came to Dublin. The year I almost lost hope in becoming a medical student. The year which marked the beginning of a journey which brought in many memories, both bitter and sweet.
Memories that came flooding back, the moment I saw Alex Elliot.
He was my Biology teacher in premed, and how I used to dread going to his classes! He was not a bad teacher, it's just that his Irish accent is difficult to follow, especially if you are not Irish (hehe)
I was an outspoken student back then (now I mellowed a bit, grown old, I guess hehe), and I would voice out my opinions and threw out questions to lecturers without a single thought. With Alex, it was never the case. Because, you see, he never gave a chance for his students to ask any questions.
Other premed teachers often recognised me due to my outspoken personality, but I doubt that Alex did, because I can count with my fingers how many times I'd spoken to him. But as I joined him for lunch and he started to tell stories about Dublin and reminiscing about the good old days when we used to be his students, I began to have doubts about my doubt.
Of course, he could have just been polite to me. But one thing about having lunch with your lecturers is, that you might discover the other side of them :)
Dublin is still the same, nothing much has changed since you left, he informed us. However the recession has caused decrease in housing values, and more and more people have to commute in and out of Dublin for hours to work because the could not afford to live in the City.
And, oh, Kevin McGuigan and Kenny Winser and Kevin Nolan (all premed
lecturers) are still teaching, with slight changes in their job
descriptions and such.
Some things have changed, too.
The Pre- Medical course have a change in scheduling. They now implemented the Semester system and was still adapting.
During that lunch, me and Lobo called him Mr Elliott, not Alex, as we used to do in Dublin. I guess being in Malaysia taught us to use respectful titles like Mr, when in the West it was not so much an issue.
Professor Peter Lee came in the cafe and was introduced to Alex. I don't know why, but seeing two huge, elderly Caucasian men conversing and making jokes only they could understand just tickles me. After having some good-natured exchanges Alex sat down and the conversation continued.
This time it was about alcohol. How good Guinness in Dublin was, how terrible it was here and elsewhere outside Ireland. Where are the hottest pubs in Penang. The hangout in Dublin, the pubs and the bars. It was sooo not in my department. Thus I kept quiet and only talk when spoken to.
He noticed me being quiet and said, good-naturedly,
"You have not been to any of those places, have you?"
I shook my head and smiled "No, I haven't"
Thank God, some things never change.
May He continues to protect us from those evils :)
Posted at 05:15 pm by al-huda
Permalink
Saturday, February 28, 2009
Saya tekan SMS terburu-buru. Nak cepat-cepat buat 'serangan'
"Nak kawin tak bagitau!!!"
Cepat-cepat dia balas. Menggelabah.
"Alar...sori2. Terlupa nak hantar msg. Sori2....jangan marah...dapat tau dari siapa?"
Beberapa episod pujuk memujuk, usik mengusik, dan berpenglipur lara akhirnya dapat maklumat yang diingini. Hah, drama betul. Biasalah, kami orang perempuan :P
Dia kawin akhir bulan lima. Dengan kawan sekuliah. AlhamdulilLah.
Hampir dua minggu lepas berita mengejutkan tu, baru teringat. Awal bulan enam akan bermulalah peperiksaan final!
Kredit dah habis, Tak boleh buat 'serangan kedua'. Akhirnya setelah sekian lama jemari ini tidak menyentuh telefon apartment sewa ini, aku mengalah. Dail nombor dia. Sebentar sahaja, talian telefon menghubungkan dua negeri di Semenanjung Malaysia ni.
Beritahu dia, tak boleh datang majlis walimahnya.
Alaahhh Huda, sedihnyaaa.....lepas ni bila lagi nak jumpa...masing-masing akan merantau untuk memulakan kerjaya dan keluarga.
(Ades...ni yang gue lemah ni...)
Cepat betul kan kita membesar? Lepas sekolah, matriks. Kemudian, universiti. Berlainan benua, dipisahkan lautan. Bila aku balik, kita sama-sama dah klinikal yang SubhanalLah, sibuknyaaa....
Dan akhirnya angan-angan mahu bertemu semula hanya tinggal....angan-angan.
Sekarang kau dah nak kawin. Nak berhijrah pula tu. Jauh pula tempat hijrah tu.
Kenapa cepat sangat kita membesar ni...
(Lomah den...bab sayu-sayu ni...)
Ya ALLAH, kekalkan ukhuwwah antara aku dan sahabat yang seorang ini. Moga dia jadi doktor yang cemerlang sepertimana cemerlangnya dia sebagai seorang pelajar.
Moga dia jadi isteri solehah, sepertimana solehahnya dia sebagai seorang anak kepada ibu bapanya.
Ameen.
Posted at 11:42 pm by al-huda
Permalink
Wednesday, February 11, 2009
"Aku ingat ko dah buang tebiat tadi" Nuzul, ketua kumpulan medicine saya menegur ketika sedang ambil makanan di kantin untuk makan tengahari.
"Haa? Kenapa buang tebiat?" "Pasal selalu ko amik history lengkap je...tapi tadi banyak betul tinggal tinggal"
Hari ini bukan hari saya. Isk isk.
Bermula dengan pesakit yang disuruh clerk oleh doktor tidak berapa fasih (dan faham) Bahasa Melayu. Maka history pun agak tidak lengkap.
Doktor yang mengajar juga sangat cerewet dan komplen serta komen bermacam-macam. Sabar, sabar.
Bila doktor cerewet dan asyik mengkritik suara kita pun tak lah berapa nak keluar (takuttt...) Maka jadi semacam mumbling dan tak konfiden.
Bila mumbling dan tak konfiden lagi laaa doktor itu memerli dan mengkritik. Isk isk.
Kawan-kawan ku juga tersenyap di hadapan doktor itu maka saya terpaksa menjawab (kebanyakan) soalan-soalan dari topik haematology (yang sedang kami pelajari) sehinggalah surgery (yang dah lama tak ulangkaji)
Banyak salah pulak tu jawapan saya. Isk isk.
Hari ini bukan hari saya.
Tapi senario ini merupakan satu hari dalam kehidupan pelajar perubatan.
Jadi houseman lagi teruk.
Isk isk.
Sabar je lah ye :)
Posted at 09:48 pm by al-huda
Permalink
Monday, February 09, 2009
Aku masih teringat kenangan dua tahun lepas. Diselubungi kegelapan malam, di dalam kereta kami berbual-bual. Kadangkala berdebat, kadangkala mengimbau kenangan-kenangan bersama.
Kenangan yang terlalu banyak, masa yang terlalu sedikit...untuk mengungkapkan segalanya. Dan akhirnya banyak yang ingin diluahkan, hanya kekal menghuni al-qalb.
Dan kini....dia sudah menjalani kehidupan baru. Kehidupan yang bertemankan seorang lelaki bergelar suami. Ya, dia sudah jadi seorang isteri. Setiap foto baru yang diletakkan di alam siber, aku tatapi dan belek berulang-ulang kali. Aku begitu tagihkan melihat sinar bahagia di wajahnya.
Aku bahagia kerana dia bahagia :)
Posted at 11:40 pm by al-huda
Permalink
|
|
|