Saya memulakan blog ini sejak tahun 2004, ketika mula-mula menjejakkan kaki ke Ireland.
Sudah enam tahun. Enam tahun menuntut ilmu perubatan. AlhamdulilLah segalanya sudah berakhir. Satu episod kehidupan sudahpun dipadam, episod-episod baru akan bermula.
Kerana diri ini masih muda, perjalanan masih panjang, insyaAllah (jika dipanjangkan umur)
Enam tahun sudah blog ini mendokumen suka duka episod hidup yang satu ini, bermula di Ireland selama tiga tahun setengah dan disambung di Pulau Mutiara untuk baki dua tahun selanjutnya.
Setiap permulaan pasti akan ada akhirnya.
Doakan hamba Allah yang satu ini terus cekal menghadapi episod-episod hidup seterusnya.
Ilal liqa' wa ma'as salamah :)