"
PROFILE
Kembaranya seorang hamba di muka bumi ini, dialah 'abd, dialah khalifah. Dialah 'abd dan khalifah yang masih merangkak mengenali dunia dan seisinya.
Maniskan lidah menutur kata Supaya hati tidak terluka Biarkan kebenaran berbicara Meski terpaksa mencetus duka


|
|
|
 |
|
Sunday, January 11, 2009
Selamat tinggal dan selamat datang
Sebelas hari sudah berlalu di tahun 2009 ini, tahun Masihi. AKu masih belum berpeluang mengucapkan sebetul-betulnya selamatt tinggal. Selamat tinggal kepada makhluk ALLAH bergelar tahun Masihi 2008. Ya, waktu, termasuk tahun juga merupakan makhluk ALLAH.
Sukar untuk aku mengucapkan selamat tinggal kepada makhluk ALLAH yang satu ini, kerana ia menjadi saksi akan perjalanan hamba ALLAH yang penuh ujian. Ya, dalam kehidupan aku yang terlalu singkat ini tahun 2008 merupakan tahun yang paling mencabar. Mengajar erti dewasa, walaupun sedikit. Kerana aku masih perlu belajar dan belajar lagi, dan tidak mungkin berhenti elajar sehinggalah nyawa berpisah dari tubuh.
Aku belajar, bahawa seorang yang kau anggap sahabat, rupanya mempunyai kuku berbisa yang meracunimu. Dan kenyataan itu begitu payah kau telan, kerana kau enggan mempercayainya. Kau masih mahu berpegang pada dia yang dulu kau kenal, tetapi sayangnya dia yang itu telah tiada. Telah musnah. Dan kau bisa rasa kehilangan kerana itu.
Aku belajar, betapa kau boleh memanggil seseorang sahabat karibmu, tetapi kau sentiasa lupa untuk menghargai dirinya. Kau melukakan hatinya dari sehari ke sehari, kerana kau terlalu buta untuk menilai betapa buruknya akhlakmu, betapa berbisanya perkataanmu. (Maafkan aku, sahabat....)
Aku belajar, betapa mudahnya untuk orang lain mengambil kesempatan ke atas dirimu, selagi kau tidak berani berdiri untuk mempertahankan hakmu. Aku belajar, kadangkala dengan diam bererti kau menzalimi dirimu sendiri, kau menzalimi orang yang menyayangi dirimu, kau menzalimi orang yang menzalimimu.
Aku belajar mengenai cinta, sedikit sahaja. Kerana aku masih perlu belajar dan belajar lagi.
Aku juga belajar, bahawa ujian-ujianku tidaklah seberat mana. JIka dibandingkan dengan mereka yang fakir susah, saudara-saudara seIslam di Palestine. Aku belajar untuk tidak bersungut. Aku belajar bersyukur atas semua yang menimpaku, kerana disebalik semua itu ada hikmah yang terlalu banyak.
Aku juga belajar, betapa Tuhan terlalu menyayangi aku. Tetapi, mengapa begitu sedikit kasih sayangku untukNya?
Oh, aku juga belajar menitiskan air mata itu terlalu mudah tatkala kesedihan. Dan terlalu sukar tatkala gembira. Dan dari situ aku belajar, sedikitnya air mata dan terlalu banyak tertawa, memberi isyarat bahawa kau sedang terleka...
AstaghfirulLah.
Selamat tinggal, tahun Masihi 2008. Selamat datang, tahun Masihi 2009. Wahai makhluk ALLAH yang mulia, semoga kau menjadi saksi turunnya pertolongan ALLAH serta kemenangan ke atas umat Islam seisi dunia. Amin.
Posted at 05:42 pm by al-huda
Permalink
Thursday, December 25, 2008
Semalam hari lahir saya ke-24. Adik-adik belikan kek chocolate cheese, bertulis "Happy 24th Birthday on the 24th!" (Sakinah: "Kak Huda, terer tak kitorg reka ayat? Terer tak?" huhu, terer, terer...) AlhamdulilLah ramai yang wish, SMS, Friendster, Facebook...emak dan abah pun wish ikut SMS! Hehe...dua-dua sibuk kerja, jadi sempat ikut SMS sajalah. Umur macam ni (pertengahan 20-an, huhu menakutkan bunyinya....macam dah tua) bermulalah quarter life crisis...hehehe. Apa tu? Meh baca... Quarter Life Crisis Apa-apa pun, betapa panjang pun jangka hayat saya, semoga sentiasa dalam keberkatan ALLAH. Ameen :)
Posted at 10:13 pm by al-huda
Permalink
Wednesday, December 24, 2008
Setiap kali tengok Facebook, Friendster, Yahoogroup, mesti ada berita-berita terbaru. Kawan tu dah kerja, kawan ni dah grad. Kawan tu dah kawin, kawan ni dah ada anak. Kadangkala timbul juga perasaan teringin. Teringin grad, teringin kerja, teringin kawin, teringin ada anak. Yelah, umur pun dah mencecah suku abad ni :p Tapi saya masih di sini...meneruskan perjuangan di medic school. Masih setia sebagai seorang pelajar, ber'gaji'kan elaun tak seberapa, bergelumang buku dan nota serta kuliah, bertemankan secawan kopi di waktu malam tatkala mengulangkaji untuk peperiksaan.
Apatah lagi bila di luar sana, orang memerhati saya, seorang gadis berusia pertengahan dua puluhan (harapnya tak nampak lebih tua daripada itu hehe), soalan yang keluar pastilah "Cik ni kerja kat mana/sebagai apa?"
Dan saya dengan senyum simpul menjawab "Saya belajar lagi mak/pak cik, kursus perubatan". Mesti tekan perkataan 'perubatan' itu, supaya mereka tak bagi soalan atau pandangan pelik yang mengandungi kecurigaan...awatlaa budak ni nampak macam dah tua (erk) tapi masih belajar lagi? Sebab biasanya lepas tu mereka akan angguk atau cakap "Ohhhh....yeke...". Huhu. Suatu hari saya sedang meluahkan isi hati seperti di atas pada seseorang, lalu dia menjawab "Takpelah...sabarlah...banyak pahala, kan?" Terasa malu sendiri sebab mengeluh-ngeluh macam tu. Ish Huda....ko ni tak sabor-menyabor betul! Memang laa akan lambat daripada orang lain, tetapi impian-impian di atas (grad-kerja-kawin-anak) akan bakal menyusul juga...andai masih punya rezeki dan jodoh, serta usia yang masih panjang. InshaAllah :)
Tak perlulah dikesali akan takdirNya, kerana itulah yang terbaik. Huh, akan ku pegang kata-kata itu! Lagipun, belajar perubatan dan jadi doktor, itulah jihad kita. Nasihat seorang lagi kawan. Betul. Betul. Betul. Hehe. Semoga jihad ini dipermudahkanNya...ameen.
Posted at 01:05 am by al-huda
Permalink
Monday, December 22, 2008
AlhamdulilLah, keputusan peperiksaan POP sudah keluar. Saya telah lulus dalam kesemua subjek, yang paling utama O&G yang akan menyumbang hampir 1/3 jumlah markah untuk keputusan akhir sebelum grad nanti. Maka dengan ini secara rasminya saya dan sebahagian besar rakan-rakan satu batch telah mendapat title BAO, tunggu nak dapat BCh dengan MB bulan Jun tahun depan, inshaAllah.
AlhamdulilLah, alhamdulilLah, alhamdulilLah. Permudahkan jihad kami, ya ALLAH...
Sabtu lepas ke majlis perkahwinan Salwa, sahabat yang dikenali sejak di Brisbane. Lama tak jumpa minah ni sebenarnya, makin kurus dia ni :) Setiap kali bertemu Salwa saya dapati dia semakin berhijrah menuju kebaikan. AlhamdulilLah :) Semoga berbahagia sehingga ke syurga Salwa dan suami!
Tak lupa juga jumpa Fazz, Huda Karim, Aishah, Najwa dan Syahida Rabit, rindu sungguh dengan mereka ni lebih-lebih lagi Rabit yang memang sejak ke Ireland tak pernah nampak muka dia. Celoteh-celotehmu sangat ku rindui...hehehe
Lepas kenduri Salwa melencong ke Putrajaya, rumah tiga tingkat milik (ke sewa?hehehe) abangku. Mak mertua abang ada bersama-sama Abidah, adik Kak Hani. Si kecik Ulfah dan Maryam makin membesar. Ulfah asyik mengulang setiap patah perkataan yang kami sebut, biasalah budak baru belajar bercakap. Ulfah panggil saya 'Ngangah' (Mak Ngah). Macam nganga pule. Hehe takpe. Nganga pun nganga laa, asalkan dia kenal sapa Mak Ngah :) Dia ni boleh saja berlari bermain sehari suntuk, orang lain dah penat layan dia tapi dia saja tak penat-penat. Huhu. Maryam pula dah pandai senyum bila diagah, pandai gelak juga. Uhu, tetiba rindu pulak walaupun baru saja meninggalkan rumah tu.
Okey, nanti bila-bila sambung update. Maaf komen-komen di sebelah tak berbalas. Agak malas nak bukak blog la ni.
Wassalam :)
Posted at 07:38 pm by al-huda
Permalink
Thursday, December 18, 2008
Exams POP is over. AlhamdulilLah, walaupun ada satu dua pengalaman yang perit. Harap semuanya ok. Sekarang ini hanya mampu tawakal.
Sebaik saja peperiksaan habis, mula-mula saya pergi shopping mall. Beli apa yang patut, makan tengahari. Kemudian ke carwash. Basuh kereta yang entah berapa minggu sudah tak mandi (tapi masih cun...hehe). Kemudian malamnya bawa seorang teman keluar makan-makan untuk hiburkan hati dia. I feel like crap, katanya. Sebab waktu long case O&G dia dapat pemeriksa yang garang tak bertempat. Hehe, peperiksaan biasalah. Kadang-kadang akan rasa macam tu :)
Esoknya bangun-bangun, tanpa sempat sarapan terus mengemas rumah. Cuci bilik air, buang sampah, buat laundry. Yang lain boleh diselesaikan oleh teman serumah yang akan habis peperiksaan pada hari tersebut. Kemudian kira-kira jam 10.30 pagi saya dan Nisah sudah pun memecut di atas jambatan Pulau Pinang, untuk ke kampung halaman. Oh ya, beli sarapan di 7 Eleven, makan sambil memandu. Buruk perangai. Nak buat macam mana.... :P
Sekarang di rumah, ada beberapa aktiviti utama. Pertama, praktis teknik masak-memasak yang sudah lama ditinggalkan. Kedua, belajar berenang semula dengan adik bongsuku yang jauh lebih advanced...huhu. Sudah lama tak berenang macam kekok saja, alhamdulilLah dah dapat semula kebanyakan skill yang hilang. Ketiga...seperti biasalah. Kenduri kawin sana, majlis tunang sini...you get the picture :) Tahniah pada Salwa, Maryam, Aruz dan Elly. Terima kasih jemput, tapi macam tak mampu nak pergi semua je. Lainlah kalau ada pintu suka hati...hehehe.
Ok, nak solat Asar. Kalau rajin nanti akan update lah ye. InshaAllah :)
Posted at 03:33 pm by al-huda
Permalink
Sunday, December 07, 2008
Lusa akan ada peperiksaan long case O&G. Sebagai persediaan, saya dan beberapa rakan ke Hospital Seberang Jaya untuk mengasah semula teknik-teknik temubual pesakit dan buat pemeriksaan.
Pesakit kedua yang saya temubual adalah seorang bakal ibu berusia 20 tahun. Kecil dan kurus orangnya, tidak bekerja/suri rumah. Pesakit di wad O&G (dan wad-wad lain) tergolong dalam beberapa kategori; daripada yang sememangnya mengambil tahu dengan mendalam mengenai setiap prosedur, nama ubat dan penyakit yang dihadapi sehinggalah kepada mereka yang ambil ubat setiap hari, tetapi langsung tidak mengambil tahu nama atau fungsi ubat yang diambil itu.
Pesakit saya tergolong dalam golongan tengah-tengah. 'Presenting complain' adalah 'uri di bawah' (low-lying placenta/placenta praevia) dan dimasukkan ke hospital untuk pembedahan Caesarean section. Kandungan sudah 'sembilan bulan tujuh hari' (38 weeks kot). Saya ambil history yang lengkap, ucap terima kasih pada pesakit. Kemudian present case dan berbincang dengan kawan-kawan.
Bincang punya bincang barulah saya tersedar saya terlupa bertanyakan 'quickening' (kali pertama ibu merasa pergerakan janin) dan suntikan anti-tetanus toxoid (untuk menghalang penyakit kancing gigi) yang biasanya diberikan sebaik si ibu merasa bayinya bergerak-gerak untuk menghalang bayi yang baru lahir daripada menghidap kancing gigi. Saya kembali semula ke katil pesakit.
"Maaf dik, akak nak tanya dua soalan boleh?"
Dia senyum dan angguk.
"Bila adik mula rasa baby gerak-gerak?" "Erm...dalam empat bulan macam tu" "Lepas rasa baby gerak doktor ada suntik adik tak?" "Suntik? Kena suntik ke kak? Ee....takutnyaa...."
Erk?
"Adik...memang doktor tak suntik ke?" saya bertanya dengan lebih hati-hati. "Takde...." "Adik buat check-up kat klinik swasta kan?" "A ah.." "Depa memang tak bagi suntikan ke? Kat lengan...kat belakang?" saya semakin pelik. "Takde pun...eeee kak...kena suntik ke...taknak laaa saya....takut..." adik tu pandang katil sebelah dia, di mana pesakit di sebelah sedang memandang kami dengan penuh minat "Takut kan, kak? Adeke nak suntik-suntik...taknak saya..." dia kata pada kakak sebelah tu.
Kakak sebelah tu senyum je. Saya cakap kat dia "Kak, akak dulu ada suntik tak bila rasa baby gerak-gerak?"
Akak tu angguk "Ada...kat lengan. Untuk apa tu...kancing gigi..."
Adik tu masih duk geleng-geleng sambil sebut...taknak takutnya kena suntik...
Hmmm musykil saya. Macam mana pregnancy dah nak term tapi pesakit nan sorang ni tak pernah di beri suntikan ATT yang sepatutnya? Sedangkan semua check-up dia pergi, ikut jadual, tak pernah tinggal.
Perkara macam ni sepatutnya tak terjadi. Tapi itulah, kadang-kadang jadi juga ye tak. Harapnya adik berusia 20 tahun tu (huuu...terasa tuaaaa...) selamat dibedah dan bayi yang lahir pun sihat dan sempurna. Amiin.
Posted at 05:40 am by al-huda
Permalink
Saturday, November 15, 2008
The degree awarded for medical graduates from National University Ireland(including PMC, of course) is MB, BCh, BAO. I'm unsure of the origin of the language, but translated, it means Bachelor of Medicine, Bachelor of Surgery and Bachelor of Obstetrics Art. In two weeks' time we, the Final Year students of PMC are going to sit for the final part of the BAO. Before, I used to wonder why it is called 'Obstetric ARTS'. Macam kelas lukisan pula bunyiknye... After eight weeks in the Labor Room, Antenatal Ward, Gynaecology Ward, Gynaecology Clinic, Antenatal Clinic, Infertility Clinic, Family Planning Clinic and whatnot, and not forgetting countless lectures and tutorials, the phrase began to make sense. Obstetrics is an art, the art of assisting a mother in giving birth to another little person. How to hold the infant's head and pulling it upwards, how to rotate the infant to make way for easier delivery, how to time correctly for an episiotomy, the maneuvres needed in delivering an infant with a breech presentation, what to do when things go wrong...these require not only knowledge, but skills and experiences as well. And after the tense moment when the mother pushed and pushed and the doctors and midwives were giving encouragement and coaching the mother to push only when she felt pain (c0ntraction), with the mother's husband at one side holding his wife's hand, with some occasionally planting kisses on their beloved's forehead and murmuring words of encouragement; the reward came in the form of a little being screaming his or her lungs out. A newborn's cry is like music to the obstetrician's ears. It shows that the delivery was successful and the baby is a healhty little thing, ready to go home very soon. Occasionally the baby will came out blue, lifeless or limp...then there will be a rush to resuscitate it. Because there is nothing more terrible to the parents than a dead child...I remembered seeing a delivery which was complicated by a prolonged second stage (which means the active stage which ends in the baby being born) and the mother losing a lot of blood. The mother was pale, listless and had to be wheeled quickly to the Operating Theatre to repair the extensive wounds acquired during the birthing of her baby. The baby was limp, listless, and emitted only a weak cry. Not a good sign. The paediatrician resuscitated the baby but it did not respond to it well. Then the assisting nurse who looked to be at the end of her patience, slapped the infant's sole roughly. "Come now, little baby, come...cry!" she kept saying. And a miracle occured. The listless little thing suddenly took a gasp, and screamed as loudly as I ever heard an infant screaming! We all heaved sighs of relief. Obstetrics is an art, an art which requires one to be bathed in blood (no, really). It also took a huge amount of dedication from its practitioners, because handling a birth is like handling two lives. A previously healthy mother might not survive a delivery. A previously well-growing infant might died during delivery. Thus, it takes great amount of learning in perfecting the obstetric art. Even then, like many areas in medicine, things that can go wrong, will go wrong (like Murphy's Law...no?). I really admire my teachers in Penang General Hospital and Seberang Jaya Hospital for being such selfless and dedicated doctors. Okay, have to study for POP (Paediatrics, Obstetrics and Gynaecology, Psychiatry) Final Exam. Pray for me and my colleagues' success 
Posted at 04:15 pm by al-huda
Permalink
Saturday, November 08, 2008
One thing that I'm grateful about PMC is that I get the chance to know more people from other races- and not simply KNOW their names or recognise their faces, but to eat together, joke together, study together, and in some occasions, live in the same dormitory/house with them.
That's when all the scary stereotypes about Chinese and Indians melt away. Kiasu? Yes, they are driven. But that makes me more driven in order to catch up. The stereotypes are shattered the moment we brushed aside our prejudice and start to really get to know each other.
Love and friendship begins in the same way, no?
Being in a multi-racial community of Penang is a rewarding experience. Sometimes these experiences can be amusing. I once witnessed a Malay cardiologist conversing with a Chinese man in Hokkien. After some time, he asked one of my groupmates, a Chinese, to take history from the man. Alas, this guy is a KL person who speaks only Cantonese. As you might know, Cantonese and Hokkien are quite different, not all Hokkien-speakers can speak and understand Cantonese and vice versa.
And he ended up conversing with the patient in Malay!
The cardiologist looked amused "This is the first time I've seen two Chinese guys conversing in Malay" We hid our smiles.
Fast forward a year later, I was in a crowded gynaecology clinic in Penang Maternity Hospital. Typical of a goverment hospital's clinic, it was crammed with a table, six chairs, an examination couch, a sink, a trolley full of equipment, another long table at one end with all kinds of information leaflets and patient education flyers; a staff nurse, a nursing student, an O&G specialist, a medical officer, a house officer and two medical students. And of course, the throes of patients who came and went.
One has to wonder how on earth such a small room can accommodate all those. Of course, we kept bumping into the nurse, the nursing student and the patients, but this is all in the name of learning, isn't it?
The house officer was a Malay guy in his mid-twenties, the specialist was a classically beautiful Indian lady in her forties, the medical officer was Indian too, she was about a decade younger than her superior. Amidst the clutter and chaos, and in the middle of their trying to finish all cases before lunchtime, they managed to spend some time explaining interesting cases and patiently answering our never-ending and sometimes stupid-sounding questions. The medical officer would sometimes motioned us to browse through the patients' files and take a look at their ultrasound scans. Lovely teachers, those doctors in the gynae clinic.
At one time, the specialist had a Hokkien-speaking patient, and though she could speak some Hokkien, it was evident that her vocabulary was not enough to converse effectively with this elderly Chinese lady. She summoned a house officer, a Chinese lady, from another room to be the interpreter.
The house officer did a good job and left soon after. A little while later, however, the patient started to ask more questions in Hokkien to the specialist. It was like watching a chicken conversing with a duck, if you could just see the two of them trying to understand each other! Suddenly, the MO who was sitting opposite the specialist, attending another patient, leaned over and asked a question in Hokkien to the patient. Then she began to converse very fluently in Hokkien with the old Chinese lady!
It was a powerful image for me, an Indian doctor with a Chinese patient, conversing in Hokkien. As with many other similar scenes in Penang, where the Chinese community dominates. An Indian security guard with a Chinese visitor in Perak Road Mental Ward, conversing in Hokkien. A Malay doctor conversing in Tamil to a Tamil patient. And not to forget the two Chinese guys, a medical student and a patient, speaking in fluent, although accented, Malay in other to understand each other.
We are truly living in a multi-racial community. And it is sad to not to recognise and respect each other.
Which reminds me, I have not been speaking Hokkien for a long time, not since the medicine and surgery days. Sigh.
Posted at 11:04 am by al-huda
Permalink
Tuesday, October 28, 2008
Ya, aku tahu. Memaafkan sukar. Melupakan itu adalah lebih sukar. Cuma, bak kata pepatah inggeris, let it all be water under the bridge. Macam air yang lalu bawah jambatan, biarkanlah berlalu. Jangan ditahan-tahan lagi. Kesimpulannya, kita punya pilihan. Mahu terus mengingat-ingat kenangan pahit yang berlaku, atau cuba untuk melupakannya. Walau proses melupakan itu merupakan satu kepahitan yang terpaksa kau telan. Tapi umpama ubat, yang pahit itulah yang akan mengubati kita, betul bukan? Macam kisah seorang guru menyuruh anak muridnya membawa buah mangga dalam beg plastik. Sebiji buah untuk satu penindasan daripada orang lain yang pernah dialami dan tak boleh dilupakan. Kalau ada satu, sebiji lah. Kalau lima, lima biji lah. Dan perlulah membawa buah-buahan itu ke mana sahaja. Mula-mula tak terasa apa. Ringan. Tapi kalau asyik mengelek buah-buahan itu ke sana ke mari, makin lama makin terasa beratnya. Dan makin lama makin membusuk buah-buahan itu. Daripada sesuatu yang ringan menjadi beban yang menyeksakan. Begitulah, apabila kita sentiasa menyimpan dendam yang tak kunjung padam kepada seseorang. Memang sukar, kawan. Tapi bila kau mampu memaafkan dan cuba melupakan,
barulah kau akan mampu bina hidup baru. Tanpa dendam, tanpa bebanan
emosi. Cuba, ya? Aku tahu kau mampu...dan aku, akan tetap berada di sini untuk kau  InsyaAllah
Posted at 01:39 pm by al-huda
Permalink
Thursday, October 16, 2008
Hujan turun mencurah-curah. Bak kata orang putih "the rain came down in buckets"
Jam 12.30 tengah malam. Ada seseorang sedang menggoncang dan mengetuk-ngetuk dengan kuatnya di grill apartment. Sebagai seorang perempuan, sudah pastilah saya diserang takut dan curiga.
"Hello! Hello! Alih kereta you! Depan sana banjir!"
Di bawah suasana macam cerita seram. Siren berbunyi kuat, air sampai paras buku lali. Di luar pagar apartment paras air lebih tinggi. Saya dan adik serumah meredah air perlahan-lahan dengan kereta masing-masing. Parkir di stesen minyak berdekatan.
Dalam perjalanan pulang ke apartment kami ternampak kereta seorang kawan sudah separuh ditenggelami air. Dia tak diberitahu mungkin. Terus saya telefon dan beritahu dia. Entah boleh diselamatkan atau tidak. Esok sajalah saya tanya.
Paras air meningkat mendadak ke paras lutut ketika kami menuju Apartment 11. Lif rosak. Terpaksalah kami memanjat tangga ke tingkat 5.
"Adoi..kita ni bukan saja kena jaga diri sendiri. Kereta pun kena jaga" rungut adik serumah.
Saya jawab "Awak, tu namanya menjadi dewasa"
Posted at 04:57 pm by al-huda
Permalink
|
|
|