|
Jadinya untuk protes kerana tanggungjawab yang besar ini, saya jadi malas. Buat apa yang perlu sahaja. Kerana terasa sungguh tak adil, saya terpaksa bekerja macam orang gaji, adik-adik boleh main sesuka hati. Waktu itu, saya budak lagi. Otak tak matang (dan sememangnya agak lambat matang pun). Maka yang difikirkan hanyalah diri sendiri. Penat lelah mak tak difikirkan pun. Dan selalu teringin seorang kakak bukan sahaja kerana malas memikul tanggungjawab kakak sulung, tetapi juga boleh cerita cerita masalah pada dia. Cemburu pada adik-adik yang kakak (atau kakak-kakak). Nak cerita pada abang? Macam pelik je...hehe...mars and venous laa katakan :) Pernah cikgu Shidah, yang mengajar Bahasa Inggeris bertanyakan seorang demi seorang apakah perkara yang dia inginkan dalam hidup, saya jawab "I want a big sister". Ah...memanglah mustahil. Masakan mak saya nak lahirkan seseorang yang lebih tua daripada saya. Cikgu cakap gurau-gurau "You have to wait for your brother to get married, then!" Akhirnya abang nikah dengan kakak kecik molek yang asalnya dari Johor ini. Empat tahun yang lepas (wah...lama juga...). Mula-mula terasa kekok. Kekok ada orang tanya "Huda ok ke tak?" sepanjang masa, kekok bercerita tentang perkara-perkara peribadi dan meminta nasihat. Kekok ada orang ajar macam mana nak masak dan kemas rumah (sebab sebelum ni saya yang membebel suruh/ajar adik-adik masak/kemas) Secara mudahnya, kekok menyesuaikan diri sebagai adik kepada seorang kakak. Tetapi alhamdulilLah, kak Hani pandai menyesuaikan diri dalam keluarga besar kami ini. Sampai atuk uwan pakcik makcik semua terpikat-pikat hehe. Terima kasih, kak, sebab sanggup terima dan jaga abang saya yang garang dan blur ni (kuikui). Dan ingat-ingatkan abangku itu, dia dah jumpa permata paling berharga kat dunia ni, seorang isteri yang solehah. Bertuahhh...badann...alhamdulilLah. Mak pernah cakap "Ibu mertua, selalunya mesti ada yang dia tak puas hati dengan menantu dia. Tapi kak Hani, mak tak pernah rasa tak puas hati dengan dia" Hehe..mesti kembang kakak iparku mendengar kata-kata mak ni :) Kena tuntut ilmu daripada kak Hani nih...bekalan untuk jadi isteri dan menantu yang disenangi. Hehe. |